APA ITU PENDIDIKAN WALDORF?
Kisah di sebalik bagaimana tercetusnya pendidikan Waldorf sedikit menarik kerana pedagogi ini bukanlah dinamakan bersempena pencetusnya. Malah, pedagogi Waldorf dicipta oleh Rudolf Steiner, seorang penulis Austria dan ahli falsafah pendidikan, yang mengembangkan falsafah rohani yang dikenali sebagai antroposofi (iaitu pemahaman tentang sifat sebenar manusia dari masa kanak-kanak hingga dewasa).
Pada tahun 1919, beliau telah dijemput oleh pemilik kilang Waldorf-Astoria, iaitu Emil Molt untuk memberi syarahan tentang falsafahnya. Dalam syarahan tersebut, beliau menekankan tentang kepentingan kewujudan sekolah komprehensif yang fokus kepada hati, minda dan tangan dalam membentuk generasi muda yang yang harmoni dan holistik. Dalam kata lain, aspek kognitif, spiritual dan fizikal perlu di ambil perhatian dalam pembelajaran kanak-kanak, terutamanya ketika mereka masih kecil.
Pada masa tersebut, Jerman berada di dalam keadaan haru biru setelah kekalahan mereka di dalam Perang Dunia Kedua, maka komuniti tersebut sangat memerlukan sesuatu yang baru yang dapat memberi harapan kepada mereka. Oleh itu, Steiner telah diminta untuk menubuhkan Sekolah Waldorf yang pertama di Waldorf. Steiner bersetuju untuk melakukannya dengan 4 syarat – sekolah tersebut bukan hanya untuk murid lelaki sahaja, guru akan menentukan apa yang terbaik buat kelas (dengan gangguan minimum dari mana-mana badan kerajaan), jangka masa persekolahan ialah 12 tahun dan sekolah ini haruslah terbuka buat kanak-kanak dari semua latar belakang
Tadika Waldorf
6 Elemen Utama Pendidikan Awal Kanak-Kanak Waldorf
Ciri-ciri Program Waldorf
Mewujudkan Masyarakat Penyayang dalam Kalangan Pelajar
Pendekatan Waldorf dalam pendidikan awal kanak-kanak mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan. Rudolf Steiner telah membincangkan secara terperinci perkara-perkara penting mengenai persekitaran fizikal, kumpulan umur, perancangan aktiviti, jadual dan hubungan sosial dalam program ini. Antara elemen-elemen yang terdapat di Tadika Waldorf ialah:- Kepekaan kanak-kanak kepada persekitaran.
- Kepentingan bermain dan peniruan.
- Faedah daripada kumpulan pelbagai umur.
- Mewujudkan ritma dan rutin.
Pengajaran untuk Mempertingkatkan Perkembangan dan Pembelajaran
- Hormat-menghormati, keterujaan dan dilindungi.
- Menghormati dan memandang tinggi kepada kanak-kanak.
- Menyediakan persekitaran yang menarik dan responsif.
- Hubungan kanak-kanak dengan pengalaman deria.
- Kerjasama sesama rakan sebaya.
- Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
- Sikap bertanggung jawab dan menjaga keselamatan diri.
Membina Kurikulum yang Sepadan dan Sesuai
- Memupuk pemikiran kanak-kanak bermula dari minda, hati, sosial, emosi, kerohanian, moral,fizikal dan intelektual kanak-kanak.
- Mempertingkatkan perkembangan secara holistik dari aspek:
- Perkembangan kerohanian
- Perkembangan fizikal
- Perkembangan intelektual
- Mengekalkan integriti intelektual.
- Menggabungkan pelbagai variasi dalam aspek disiplin
- Merangkumi kepelbagaian budaya
Mentaksir Pembelajaran Kanak-kanak
- Tiada lagi pendekatan tradisional dalam pentaksiran.
- Membina hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
- Kebebasan untuk melangkah ke hadapan.
- Melihat kanak-kanak sebagai individu yang bernilai.
- Pemerhatian untuk melihat perkembangan kanak-kanak.
Bagaimanakah Bilik Darjah Waldorf ?
Kesimpulan
Kesimpulannya, anda boleh lihat bahawa prasekolah Waldorf meletakkan tekanan kepada aktiviti yang menajamkan penggunaan deria dan kebolehan sosial dahulu sebelum terus fokus kepada konsept pengiraan dan pembacaan.
Pada fasa ini, prasekolah berfungsi sebagai platform di mana kanak-kanak diperkenalkan dengan keseronokan pembelajaran. Sekolah bukanlah tempat untuk bersaing dengan rakan sebaya mereka bagi melihat siapakah yang terbaik dalam sesuatu.
Comments
Post a Comment