Perkidmatan Asuhan Kanak- Kanak di Malaysia
1.0 Latar belakang TASKA di Malaysia.
Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia pula bermula pada tahun 1940-an. Di Malaysia, bermula pada tahun 1950 hingga 1960, sosialis Kristian yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas TADIKA. Namun begitu, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di TADIKA.
Seterusnya pada sekitar tahun 1960-an Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah berkembang berikutan kesedaran beberapa golongan untuk mendapatkan Pendidikan terutamanya dalam kalangan golongan kurang berkemampuan. Maka, satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan sejumlah wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) bertujuan untuk mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Sasaran kumpulan bagi projek ini terdiri daripada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan miskin di mana mereka ini juga terdiri dari beberapa bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai KEMAS telah membuka TASKA yang selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat bandar, luar bandar dan pinggir bandar terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
2.0 Akta TASKA
Menurut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], TASKA bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dari lebih daripada satu isi rumah (2 atau lebih keluarga) untuk dijaga dengan upah.
Konsep yang perlu ada dalam asuhan dan didikan kanak-kanak di TASKA adalah:
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pendidikan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
- Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
- Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
- Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan sejak kecil.
- Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.
3.0 Jenis- jenis Taska di Malaysia
TASKA terbahagi kepada 4 jenis seperti di Jadual 1.0.
Jadual 3.0 Jenis tadika di Malaysia
Jenis | Penerangan |
TASKA di Rumah | Menerima masuk 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan. |
TASKA di Institusi | Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih. |
TASKA di Tempat Kerja | Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di mana- mana tempat kerja. |
TASKA Komuniti | Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih di kawasan keluarga berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah RM2,000.00 di kawasan bandar dan kurang RM1,200.00 di luar bandar) dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. |
3.1 Taska di Rumah
Taska di Rumah ialah penjagaan kanak-kanak yang dijalankan di mana-mana premis sepeti di Kawasan taman atau pangsapuri. Kebanyakkan kanak-kanak ini akan diasuh oleh suri rumah yang tidak bekerja atau individu menjadikan mengasuh sebagai kerja sampingan. Perkhidmatan taska di rumah ini melibatkan bayi dan kanak-kanak berumur 4 tahun. Terdapat juga, perkhidmatan taska di rumah yang menyediakan transit bagi sekolah pagi dan petang. Mengikut akta, taska di rumah hanya boleh menerima 4 orang dan tidak melebihi 10 orang dalam satu-satu masa di premis sendiri dengan menerima upah.
3.2 Taska di Institusi
Taska di Institusi ialah perkhidmatan taska yang ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri. Menurut akta, taska institusi hanya boleh menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.
3.3 Taska di tempat kerja
Taska di tempat kerja ialah perkhidmatan jagaan yang ditubuhkan di tempat kerja. Kebiasaannya taska ini berada di pejabat kerajaan atau bangunan bank. Kemudahan ini disediakan oleh syarikat bagi ibu bapa yang bekerja di tempat tersebut untuk menghantar anak-anak mereka sementara mereka bekerja. Hal ini bagi memudahkan para ibu bapa untuk menguruskan anak di samping dapat menjimatkan masa.
3.4 Taska Komuniti
TASKA Komuniti adalah merupakan suatu pendekatan yang akan memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah di Bandar dan luar Bandar. Pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di institusi 1985) Pindaan 1993. Ia bertujuan menjamin semua kank-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti dari pengasuh yang diberi latihan wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti ditetapkan di peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Bagi Menjamin TASKA Komuniti yang bermutu pengawalan penubuhannya perlu dilakukan dengan memberikan pengesahan pengiktirafan yang terkawal, serta pertubuhan/organisasi yang benar-benar layak, berpengalaman dan sesuai sahaja diluluskan untuk menjalankan operasi TASKA Komuniti. Sehubungan itu, dicadangkan setiap pertubuhan/organisasi yang bercadang untuk mendapatkan pengiktirafan ini perlu membuat permohonan dengan menggunakan format yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3.4.1 Tujuan Penubuhan Tadika Komuniti
3.4.2 Keistimewaan Tadika Komuniti
Comments
Post a Comment