Perkidmatan Asuhan Kanak- Kanak di Malaysia
1.0 Latar belakang TASKA di Malaysia. Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia pula bermula pada tahun 1940-an. Di Malaysia, bermula pada tahun 1950 hingga 1960, sosialis Kristian yang membuat kerja-kerja kebajikan gereja telah membuka Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan berperanan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu bapa yang mampu membayar yuran sahaja. Implikasi daripada itu, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas TADIKA. Namun begitu, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di TADIKA. Seterusnya pada sekitar tahun 1960-an Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah berkembang berikutan kesedaran beberapa golongan untuk mendapatkan Pendidikan terutamanya dalam kalangan golongan kurang berkemampuan. Maka, satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969 di mana Yayasan Asia telah menyumbangkan...
